PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH

Posted on : 22-01-2010 | By : Rikalukizi | In : Aktiviti, Makluman

0

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah akan mengadakan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Sabah pada 21 Februari hingga 25 Februari 2010. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Papar hendaklah mendapatkan borang pencalonan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Papar. Borang berkenaan hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 01 Februari 2010.

Program Keluarga Bahagia Daerah Papar

Posted on : 21-01-2010 | By : mohdfai8 | In : Aktiviti, Makluman

0

*Ada sedikit perubahan jadual pergerakan program ini. Di mana, program pada hari sabtu ditukar dengan hari ahad.
** Jom sama-sama memeriahkan program ini. ^^

Perisian Patskom PGP

Posted on : 19-01-2010 | By : mohdfai8 | In : ICT, Makluman, Perisian

1

Kepada sekolah-sekolah yang memerlukan perisian ini, anda boleh lah memuat-turun melalui web ini.

ANTIVIRUS “KASPERSKY”

Posted on : 13-01-2010 | By : Rikalukizi | In : ICT, Makluman

1

Berita baik kepada semua sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia/Bahagian Teknologi Pendidikan telah membekalkan perisian Antivirus “Kaspersky Open Space Security kepada semua sekolah. Bagi Daerah Papar, Pusat Kegiatan Guru di daerah ini telah mengagihkan perisian tersebut di peti surat sekolah yang terletak di Pejabat Pelajaran Daerah Papar. Sebarang Kesulitan bolehlah merujuk terus ke PKG Papar.